12 - Tuah
Monday, November 20, 2006
Aku tulis panjang-panjang. Kemudian bila aku baca semula, segera aku padam. Aku tulis pendek. Aku baca. Aku padam.
Aku tulis, aku baca dan aku padam! Berulang kali. Tiada ada ayat terindah yang mampu aku ungkapkan. Semuanya sudah jadi klise!
Apa-apa pun, aku dan Afro sungguh berbesar hati kerana ada juga pembaca yang sudi singgah ke blog kami ini, apatah lagi untuk mencalonkannya. Terima kasih yang tak terhingga juga pada para juri yang memilih blog kami sebagai pemenang Anugerah Blog Baru Terbaik GJ 2006.
Dan seperti biasa, kami AKAN LEBIH BERTERIMA KASIH kalau kamu sudi mengirimkan wang tunai (atau wang pos) sebagai ganti hadiah itu!
Kepada calon-calon yang tewas kepada kami dalam perebutan anugerah ini, hanya tiga perkataan sahaja yang kami mampu luahkan untuk kalian. "HA HA HA!!"
Dan kepada semua, teruskan membaca!
10 comments:
Salam.
Tahniah jer la.
Duit takleh kasi lagi sebab dah 37 hari dah takleh gaji.
Tahniah atas kejayaan. Semoga slalu beroleh kejayaan.
:-).....
Kepada calon-calon yang tewas kepada kami dalam perebutan anugerah ini, hanya tiga perkataan sahaja yang kami mampu luahkan untuk kalian. "HA HA HA!!"
=============================
Ha!Ha!Ha!
Sombong sungguh bunyinya
Ha!Ha!Ha!
Salam kenal...
duit tak ader...dok tengah kumpul nak bayar duit korban ujung tahun...lenkali bleh?
T A H N I A H wey!
aku tak puas ati!
nanti.. bukan tak puas ati sebab kalah ngan korang.. tapi tak puas hati sebab korang tak datang!
errr.. kalau bagi pd yg datang je kan bagus.. aku sorang jer calon yang datang hahaha... ehh.. korang gelakkan aku yaaaaa. gelak lah weii.. aku tak kisah. lain tahun aku bukak blog baru lain pulak nak masuk kategori yg sama lagi hahaha
siiioootttt jerrr hahaha
wa pun nk gelak gak ni... ha ha ha
bro! congrats!!
hehehhe.. tahniah..!! Moga terus berblog.. hohoho
aku syak. kalian (afro dan tapai lah...) dah biasa tulis karya fiksyen (cerpen atau novel). bahasa kreatif kalian lancar semacam. sila nafikan kalau anggapan aku salah. ha ha (kalian biasanya tak jawab komen)
ohhhh tak baik gelakkan aku yg kalah ni tau
hahahahahha
tapi xpe. aku pon xsangka jd calon
anyway,bile aku baca blog ni i know why ur the better calon ;)
kalo blog ni stays like this, mmg tip top ah! hehe.
aku link kan korg ye.
Post a Comment