11 - Hilang

Thursday, November 16, 2006

Entah ke mana Afro menghilang. Celaka!!

Sudah tiga hari dia tak pulang ke rumah. Dan sudah dua hari pula aku menahan lapar kerana poket aku betul-betul kering.

Aku capai gitar dan mainkan It's Probably Me.

Sampai di bait When your belly's empty / And the hunger's so real / And you're too proud to beg / And too dumb to steal, aku tertawa. Gitar kubaringkan di sebelah.

Aku juga turut berbaring. Mata tepat memandang siling yang kelabu. Fikiran aku menerawang. Jauh! Seperti bola yang dibaling ke dinding. Melantun dari tangan ke dinding, dari dinding ke lantai, kemudian balik semula ke tangan. Tangan, dinding. Dinding, lantai. Lantai, tangan. Tangan, dinding. Dinding, lantai. Lantai, lantai. Lantai, tangan. Tangan, dinding. Dinding, lantai. Lantai, tangan. Tung! Tung! Tung!!

Tanpa dipaksa, otakku ligat menterjemah bait-bait tadi.

Apabila perut kau kosong
dan kelaparan bukan lagi mainan.
Tapi kau terlalu sombong untuk mengemis
dan terlalu bengap untuk mencuri...

Perut aku kembali berkeroncong! Ini betul-betul gila!

Aku bangkit dari katil dan menuju ke dapur. Aku selongkar semua almari tapi tiada satu makanan pun yang aku jumpa. Kecuali satu bungkusan besar Whiskas yang terikat kemas dengan getah dan beberapa tin Whiskas yang bersusun rapi di almari.

Aku belek tin-tin Whiskas itu satu persatu-satu. Nampak macam sedap, tapi aku percaya rasanya tidak seperti Sardin cap Ayam.

Akhirnya, aku cuma ambil dan buka bungkusan besar itu. Aromanya mencucuk hidung. Aku pejamkan mata. Seluk. Keluarkan segenggam. Ngap! Kunyah perlahan, kemudian.

Maafkan aku, Neko!

Dan air mata mula mengalir dari bucu mata.

7 comments:

Pa'chik November 17, 2006 6:50 PM  

eeuuwww...
kalau aku masa tu jugak la whiskas tu kuar balik...

rudy bluehikari November 19, 2006 1:59 PM  

TAHNIAH! Blog ini memenangi Anugerah Weblog Baru Terbaik 2006 dalam Gathering Perdana GJ 2006 di Kuala Lumpur 18/11/2006. Teruskan menulis!

Pa'chik November 19, 2006 8:00 PM  

tahniah jugak.
tak tau apa-apa sebenarnya.

June November 20, 2006 8:10 AM  

A-ha... Tahniah Tapai & Afro... & Neko

sinaganaga November 20, 2006 7:06 PM  

kau menang. tapi tiada hadiah duit. so, kau tak boleh beli makanan kucing utk dimakan ya.

tahniah.

areyoung November 21, 2006 5:19 PM  

Aku pun pernah berlapar sbb takde duit. Lagi teruk, masa tu takde gitar utk dimainkan @ makanan binatang apa pun takde utk dirembat.

Ches!

nuyuljana January 21, 2009 10:41 AM  

erk..
bole plak telan!!

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP