14 - Kemunculan

Wednesday, November 22, 2006

*Kraaaak*.
Pintu rumah aku tolak perlahan-lahan. Matahari menjengah masuk dari cermin tingkap. Tidak kelihatan bayang Tapai di ruang tamu. Keluar berjalan agaknya.

Aku melangkah menuju ke dapur, mahu membasahkan anak tekak yang kering. Panas betul matahari pagi ini. Aku jenguhkan muka ke dalam ruang perut dapur. Bersepah! Aku mengalihkan pandangan ke atas singki dengan harapan air masak di dalam botol masih penuh. Mata aku tertacap pada sudut di bawah singki. Tong sampah merah kelihatan sudah penuh dengan isi perutnya hampir terjuih. Beberapa ekor ulat putih bersaiz kecil mengeliut-liut mahu keluar melihat dunia.

"To infinity and beyond!" mungkin itu yang mereka jerit-jeritkan.

"Ceh! Pemalas punya Tapai. Kalau ya pun tolonglah buangkan sampah!" getus aku dalam hati sambil memindahkan sampah dari dalam tong ke dalam plastik. Baru empat-lima hari aku tidak pulang ke rumah. Bayangkan kalau seminggu. Bau busuk yang memualkan menusuk-nusuk hidung. Tekak terasa kembang dan perut mula terasa mual.

Tiba-tiba sebiji tin kosong terjatuh ke atas lantai. Sebungkus plastik kosong Whiskas turut ikut bertaburan.

"Eh! Ini makanan Neko..."
"Eh! Takkan Tapai...."

*ting ting ting*
Aku melangkah keluar dari rumah bersama plastik sampah yang membuntal besarnya.

*ting ting ting*
Tin-tin kosong Whiskas berlaga sesama sendiri di dalam plastik.

*ting ting ting*
Harap-harap Tapai akan terlihat mesej yang aku tinggalkan pada gitar. Gila! Kalau ya pun lapar, janganlah makanan kucing pun kau rembat.

*ting ting ting*
Aku perlu lihat dari sudut yang positif. Stok sebulan makanan Neko yang aku beli bulan lalu tidak membazir. Ada yang sudi menghabiskan.

14 comments:

arianna adrizal November 22, 2006 7:32 PM  

Eh, hari tu Tapai kata tak ada peti ais. Afro baru beli ke??

tapai November 22, 2006 7:44 PM  

Arianna,
Noted. Sudah dibetulkan. Terima kasih!

Afro,
Kau memang nak kena pelangkung! Kita dah jadi popular sekarang, mana boleh tulis main-main lagi!! Harap ambil perhatian!

afro November 22, 2006 7:45 PM  

Oh dah fofular ke?
Boleh keluar majalah hiburan tak?

arianna adrizal November 22, 2006 8:35 PM  

Ha ha ha!

Owh, terlupa. Tahniah!!

sinaganaga November 23, 2006 2:04 PM  

dudes,
ambil logo yang kau minta di forum geng jurnal... tanya OP, mana dia letak...

Jarri November 24, 2006 1:22 AM  

sekurang kurangnya ada whiskas untuk dimakan.

Anonymous November 24, 2006 1:42 AM  

ya sallammm..whiskas..pon sodap!!

highheelseliparjepun November 24, 2006 10:12 AM  

Hi there...this is a very...very..very..interesting blog.Dpt link through SM and melekat terus.Menarik sungguh ceritanya...

dugongsenyum November 24, 2006 2:16 PM  

bila entri2 dah cukup tebal untuk dictak, maka terbitkan ia sebagai blook. cetak banyak2 ribu-raban dan jual supaya korang dapat duit banyak2. takdelah rembat biskut kucing lagi hahaha

Unknown November 24, 2006 2:23 PM  

mana lu pigi tapai? kesian afro telan whiskas...

sHe_Da November 25, 2006 11:57 AM  

Errkkk!! betul ke mkn whiskas?? G lah beli tempe goreng ke pe.. cian kt kucing 2 makanan nya tlh d kidnap.. But! Sedap ker?? Heheh..

Unknown November 27, 2006 4:47 PM  

bro, buskin' la..

afro November 28, 2006 3:36 PM  

encik naga: terima kasih untuk bunga padi. saya sudah cilok awal-awal dari blog Op dan modify sikit.

afro November 28, 2006 3:37 PM  

Whiskas biskut mahupun yang dalam bentuk mentah memang sedap. Cubalah.

*uwek*

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP