16 - Gaduh

Wednesday, November 29, 2006

Aku pun turut menoleh mencari punca haruman wangi itu. Wow! Gadis seksi berdada segar!! Bila aku berpaling, Afro sudah tersenyum sinis. Aku angkat kening padanya. Afro membalas dengan kenyitan mata.

Rasa marah tadi beransur reda. Namun perut aku masih juga belum terisi. Mana pula mamak ni? Masa nak ambil pesanan punyalah lembab tapi bila bagi bil tahu pula cepat!

"Tegu, mari sini. Kita orang mau orderlah!" jerit Afro bila melihat tiada seorang pun yang datang melayan kami.

Tegu datang tergocoh-gacah. "Maaf, encik!"

Aku bulatkan mata. Tegu kulihat sekejap besar, sekejap kecil. Mamak ni kalau aku telan hidup-hidup!!

"Bagi saya beriyani ayam satu, nescafe ais satu. Jangan lambat, hah! Saya lapar ni!!"

Mata-mata di meja kiri dan kanan kembali menyibuk. Ah! Lantaklah!! Malas aku nak ambil peduli.

Tegu bergegas kembali ke dapur bila selesai mengambil pesanan Afro.

"Kau makan apa masa aku tak ada?" Afro bertanya. Nadanya serius.

"Apa yang tinggal, itulah makanan aku!" aku menjawab.

"Makanan kucing?"

Aku mengangguk malas. Sudah terang, lagi bersuluh!!

"Mana kau pergi menghilang selama ini?!" giliran aku pula bertanya.

Belum sempat Afro menjawab, makanan sudah sampai. Aku tak tunggu Afro pelawa. Sedang aku elok melantak, meja kami dilanggar. Habis tertumpah minuman kami. Celaka!

Aku mendongak dan melihat mamat yang melanggar meja kami menonong saja pergi. Tanpa 'ooopss', tanpa 'maaf'.

Aku capai kerusi dan menghayunnya. Kerusi tepat mengenai kepalanya! Kelepuk! Mamat tu jatuh ke lantai. Dia cuba bangun, tapi tidak kuberi peluang. Aku pantas membalun lagi kerusi ke mukanya. Bertalu-talu.

Pandangan aku jadi kelabu. Aku tak ingat apa yang jadi selepas itu. Yang aku dengar, orang menjerit-jerit minta aku berhenti.

8 comments:

highheelseliparjepun November 29, 2006 3:10 PM  

Hehe..habis la budak tu..Patah2 tulang dia..

June November 29, 2006 4:37 PM  

makanan kucing tu memang ada vitamin tambahan bermotif mafia, dude...

lagi 3 hari hilanglah tu...

Amanitium Cho November 29, 2006 8:47 PM  

dude, aku rasa macam nak fitnah korang la...

daripada awal aku baca blog ni, ayat dan jalan cerita konsisten je, seolah-olah korang ni bloggers masyhur yang berpengalaman.

namun itu hanya teori aku sahaja.

sekian, salam perkenalan daripada aku yang mungkin sudah mengenali korang. (mungkin juga tidak...)

LadyTiz November 30, 2006 1:24 AM  

akibat memakan makanan spesis lain.
dahsyat sungguh.

nak bedal setin dua la juga.

edyan7 November 30, 2006 11:59 AM  

hmmm... 2-3 perenggan yang bawah tu mesti hanyalah sekadar angan-angan atau khayalan en. tapai ni...hehhe...

btw;
tahniah...

Unknown November 30, 2006 2:34 PM  

erm... sedap. makanan, bukan membelasah.

Unknown November 30, 2006 3:43 PM  

aduuuuhh...tapai releks la bro x pyh la nk ganas ganas. rasanye in tindak balas dr makan kucing yg dia makan tu la isk..

bluecherry @ fai November 30, 2006 5:02 PM  

sure kes lapo giler nih, paham weh keadaan org tengah lapo dan bersantap sakan tetiba org buat laku biru.. mmg haru patut dikerjakan..

kasi kaw kaw.. erk

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP