23 - Belum

Tuesday, February 06, 2007

"Kalau kau balik rumah, hulur-hulurkan barang seratus-dua ratus ringgit. Aku belum gaji lagi. Terima kasih daun betik, dah gaji aku bayar balik! (Lagi satu, lain kali tinggalkanlah kunci kereta SLK kau sekali hehe)."

Berdekah-dekah aku ketawa selepas membaca mesej yang Tapai tampalkan di tepi suis lampu ruang tamu. Hampir sebulan aku ke luar negara gara-gara tugas yang mendesak. Terlupa pula Tapai baru bulan pertama bekerja, jadi tentu kantungnya sudah kering.

Aku belek-belek semula mesej tersebut. Tiada tarikh tercatat padanya. Harap-harap Tapai dapat pinjam duit dari rakan sekerjanya. Kalau tidak makin kurus-keringlah kawan yang seorang itu.

"Nevo oooo Nevo!"

*Meow*

Nevo menyahut manja dari dapur. Mendengarkan panggilan aku yang kedua, terkedek-kedek dia berlari ke ruang tamu. Nampaknya Nevo semakin tembam. Maknanya Tapai tak kebas makanan Nevo. Nasib baik ada Tapai, boleh juga dia tolong jagakan makan-minum si Nevo. Nevo menggeletek kegelian digaru-garu pada leher dan bawah badannya.

"Maaf Nevo aku tak boleh lama. Kirim salam pada Tapai ya!"

Aku seluk kocek di punggung dan mengeluarkan seratus ringgit dari dalam dompet. Selepas dilipat kecil-kecil aku selitkan duit tersebut pada pemutar kelajuan kipas yang terletak di atas suis lampu berserta mesej "Dapat gaji jangan lupa bayar balik! Jumpa minggu depan, aku ada kerja sikit!"

9 comments:

ILynn Virgobiru February 07, 2007 11:38 AM  

tanak tinggalkan slk ke?

afro February 07, 2007 3:08 PM  

uih! tak boleh tak boleh. barai nanti slk ku hehehe.

asriwn February 07, 2007 9:06 PM  

kedek***nya!!!!kempunanlah nampaknya tapai nak merasa pakai slk ko!!!!

Nuts@Kacc February 08, 2007 2:40 PM  

cettt3!..aku baru cadangg nak tumpangg tapai melaramm SLK ko...hihihi...

Lan Rambai February 08, 2007 5:13 PM  

dalam post 22 - wasiat, tapai cakap ko hilang dengan anak kucing ko sekali.. tapi kenapa bila ko panggil-panggil si nevo tu datang kat ko pulak?

afro February 08, 2007 7:35 PM  

asriwn&kacc: haha. mana boleh. nanti dia ngorat anak dara pakai slk. bukan boleh percaya tu.

lan terima kasih.
aku hilang lama. nevo macam anak-anak kucing lain, kejap ada kejap tak ada.
tak reti lekat di rumah hehe.

June February 09, 2007 1:09 PM  

Woooooooooo! Lambat lagi ke korang nak jadi HERO bandar X?

Unknown February 09, 2007 5:13 PM  

mana lu sorokan SLK masa pegi oversea?

afro February 10, 2007 7:46 AM  

tafini: lama lagiiiiiiiii.

halo: airport parking!

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP