22 - Wasiat
Wednesday, January 31, 2007
Aku rasa Afro dah mati. Sebenarnya aku mahu percaya dia masih hidup, tapi hati aku berat mengatakan dia sudah mati. Gerak hati walau seberat manapun tak semestinya betul.
Namun sudah sekian lama aku tak nampak dia pulang ke rumah. Anak kucingnya pun hilang entah ke mana. Mungkin dah mati juga.
Tapi kalau Afro betul dah mati, mana kuburnya? Mana bangkainya? Erk, maksud aku mayatnya?
Seminggu dua ni, rajin juga aku menyelak suratkhabar mencari-cari berita tentang penemuan mayat lelaki yang tak dikenali. Manalah tau, kan?!
Tapi kalau Afro betul-betul dah mati, aku akan lebih menyesal kerana aku tak cuba memujuk dia supaya menulis wasiat untuk menyerahkan SLKnya padaku.
5 comments:
tak cek kat balai polis ka???
hang ni biaq betoi, pi la habaq kat TV3, masuk jejak kasih ka, buletin utama ka..
Kalau kuncinya ada rembat jek ;P
kau lenjan sajalah SLK tu!
aku rasa afro mesti berbangga dpt kawan mcm tapai..selain cuba cari kat surat kabor tuk compomkan dia dah mati...dia juga memikirkan kebajikan SLKnya...hehheh
Post a Comment