24 - Rahsia

Saturday, February 10, 2007

Aku boleh saja buat diam dan bawa rahsia ini ke liang lahad. Tapi rasa bersalah menghantui aku setiap detik. Aku tahu kau tak syak apa-apa tapi baiklah jika aku beritahu kau duduk perkara yang sebenarnya.

Aku bukan teman yang baik. Itu aku akui dan harap kau masih sudi maafkan aku. Itu lebih baik daripada kau tiba-tiba sedar dan tersentak.

Maaf, Afro! Aku tak mampu menjaga seekor anak kucing dengan baik.

Sebenarnya, Nevo yang ini bukan Nevo yang dulu. Nevo yang dulu telah hilang! Sama seperti kau juga yang suka menghilang.

Aku kutip Nevo yang ini ketika pulang dari kerja Jumaat minggu lepas. Bulu kuning lebat. Sama seperti Nevo yang dulu. Jantina? Aku tak pasti. Aku pun tak periksa jantina Nevo yang dulu. Tapi aku harap sama jantinanya dengan Nevo yang ini. Badannya sedikit tembam? Aku pasti tuannya dulu telah menjaganya dengan baik. Dan kini, aku pasti dia sedang meratapi kehilangan anak kucingnya yang comel.

Maafkan aku, Afro! Tapi aku benci melihat kau menangis teresak-esak kerana kucing. Benci! Sungguh!!

Aku tak mahu berjanji tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga Nevo yang ini sebaik mungkin. Kalau ada masa, aku akan latih dia buang air di tandas. Kelmarin dia sudah sudah *CRET!* atas gitar aku. Celaka!

P/S: Terima kasih kerana bagi aku pinjam seratus. Kalau ada duit lebih, hulurlah lagi. Kalau tak ada duit lebih, kunci SLK pun aku terima. Ha ha!

3 comments:

LadyTiz February 10, 2007 7:19 PM  

mengetahui kehilangan kucing adalah menyakitkan hati.

mengetahui kehilangan kucing kemudian berganti dengan kucing yang lain sedikit sakit hati.

Kehilangan kucing yang di sebabkan oleh kecuaian sahabat baik kemudian digantikan dengan yg baru akan tetapi, sahabat itu tidak memberi tahu sehingga kita tahu sendiri akan kehilangan kucing itu, FUHH... (no komen)

Pa'chik February 11, 2007 4:18 AM  

kucing kalau dah cret satu-satu tempat tu, nanti dia akan ulang balik. tapai, baik ko jual je gitar tu. haha

Kemat February 12, 2007 8:10 PM  

kucing tu kasi jampi..kot2 lepaih nie lagi terer main gitar tu

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP