15 - Jumpa Lagi
Tuesday, November 28, 2006
"Kau tengok poket aku!" jerkah Tapai sambil mengeluarkan kedua-dua belah saku seluarnya.
"Kosong!" matanya merah. Marah atau menangis, mungkin kedua-duanya aku meneka. Yang pastinya peluh mengalir laju dari roma-roma dahi dan tengkuk Tapai.
"Maaflah! Aku ingatkan kau ada sen. Duduklah dulu."
Tapai menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya yang lembab. Dia membetul-betulkan duduknya, terasa rimas dengan seluar dalam yang sudah lencun. Sambil mengelus-ngelus rambut yang masai, Tapai memerhatikan meja-meja lain di Rivadesatera. Ramai yang kelihatan berbisik-bisik memandang. Tapai merenung mereka seorang demi seorang sehingga mereka mengalihkan pandangan ke tempat lain.
"Menyibuk!" getus hatinya.
"Ha pesanlah apa kau nak makan-minum," menyeringai aku mempelawa Tapai yang kelihatan masih marah. Mengharapkan segelas air dapat menyejukkan hati Tapai yang panas.
"Apahal kau panggil aku datang sini? Sampai tak boleh tunggu aku kat rumah pagi tadi?"
Perbualan kami terhenti mendadak apabila masing-masing terhidu haruman segar yang lalu di tepi meja kami. Aku berpaling mencari puncanya, kemudian melemparkan senyuman sinis.
Dia datang lagi rupanya.
7 comments:
Hi there..terima kasih kerana sudi singgah blog sy dan tinggalkan jejak..hehe..Pendeknya entry...tak puas la..Baca kejap je dah habis..
cun sangat ke?
apa yang wangi? kucing baru lepas bersyampu? ekeke
Oooo...ni rupanya Afro & Tapai...
Tak elok pakai seluar dalam basah, kurap nanti...hehehe...
cleaner mmg slalu lalu membawa penyembur wangi utk lap meja. lu nk ke bro? wa bleh bagi tp wa bkn cleaner tau. he he.
kenapa seluar dalam basah?
takkan peluh maha hebat!
tapi pokok pangkalnya, sungguh mengharukan...
bukan seluar dalam basah yang mengharukan..
tapi, enrty ini..
sbb xde sen...kesiann.. =(
Post a Comment