37 - Kocak

Friday, February 19, 2010

'Duduk dulu Tapai.' Aku mengangkat tangan cuba menenangkan keadaan. Langkah berjaga-jaga juga kalau-kalau gelas itu dihayun, aku sudah bersedia untuk menahan.


Riak wajah Tapai semakin gelisah. Badannya bergetar. Matanya merah. Dengus nafasnya semakin kuat. Aku tak pasti, samada dia marah atau dia 'high'. Nampak sama saja.

Aku pernah 'couple' dengan awek hisap ganja. Cuma dia tak pernah hisap depan aku. Hormat mungkin. Dia tahu aku tak suka pada rokok. Apatah lagi ganja. Biasanya dia akan hisap dengan kawan-kawan dulu sebelum berjumpa dengan aku. Bukan aku tak pernah suruh dia berhenti. Dia kata, 'rasa sampai syurga bila dapat ganja. Takkan you je nak sampai syurga. I pun.'

Aku tak pernah kata apa-apa lagi selepas itu.

Tiba-tiba Tapai mengalihkan badannya menghadap pintu dan melangkah keluar dari Rivadisatera. Laju. Gelas masih ditangannya.

'Hoi kau nak ke mana?' Aku menggeleng kepala, mengerut dahi. Terkejut dengan tindakan Tapai.

'Aku nak pergi jumpa Doktor Norina.' Cuma suara Tapai kedengaran di pintu. Susuk tubuhnya sudah hilang dari pandangan.

Aku berdiri tegap tak jadi duduk. Kepala mula berfikir yang bukan-bukan. Kenapa Norina?

'Bang, gelas tadi tu abang bayar kan?' Suara keras pelayan mengocak angan.

1 comments:

semut api August 21, 2010 12:13 AM  

bro..gua terterjah lu punya blog..

menarik cerita...kat rawang ada jual tapai x? :)

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP