36 - Kembali

Wednesday, February 17, 2010

Aku tahu Tapai marah. Dari riak muka yang bengis dan nafas yang dihembus kuat-kuat, aku tahu dia amat marah. Gelas di tangannya nampak ringan. Silap haribulan mungkin gelas itu singgah ke muka aku.


Sebenarnya, sebelum ke luar negara tempohari, aku tukar kunci rumah. Aku tukar mangga pintu. Aku letak baju dan seluar Tapai di muka pintu. Aku tak ada beg lebih.

Saja aku tak beritahu Tapai aku perlu keluar dari Bandar X seketika. Aku tak mahu dia buat pesta liar. Aku tak mahu dia bawak anak dara atau anak tak ada dara ke rumah dan berkubang berhari-hari. Bukan boleh percaya sangat si Tapai ni.

Walaupun aku bukannya baik sangat, tapi aku nak rumah aku sejuk. Nenek pernah pesan, kalau buat jahat di rumah, rumah akan jadi panas, berbahang, rasa tak selesa nak tinggal di dalamnya. Jadi aku ambil jalan selamat. Lagipun Tapai dah ada kerja. Pandai-pandailah cari rumah sewa lain.

Aku baru beberapa jam menjejak kaki kembali ke Bandar X. Tempat pertama yang aku singgah, pastinya Rivadesatera. Lama tak pekena teh tarik.


1 comments:

.:HalogAmora:. February 18, 2010 8:36 AM  

Welcome back! and write more ok :)

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP