19 - Mula

Friday, December 08, 2006

"Bila boleh mula?" Dia bertanya sambil memandangku dari atas ke bawah.

Mulut aku terasa gatal nak menjawab, "bila kau nak?" tapi tak terluah. Aku teringat pesan Afro. Masa temuduga jangan tunjuk keras kepala!

Jadi aku hanya senyum dan anggukkan kepala.

"Lagi cepat lagi bagus, encik!"

Giliran dia pula mengangguk. Ada segaris senyuman di wajahnya.

"Kau boleh mula esok. Datang awal, ya?"

"Ya, encik! Terima kasih!!"

Kami berjabat dan sebentar kemudian, aku melangkah keluar dari pejabatnya tersenyum lebar.

15 comments:

ILynn Virgobiru December 09, 2006 9:12 PM  

hehe
tahniah tapai!

Anonymous December 10, 2006 9:14 PM  

kerja apatu tapai? tapi apa2 kerja asal halal kira oklah kan tapai...takle makan whiskas...hehe

highheelseliparjepun December 11, 2006 9:11 AM  

Nasib baik ingat pesan Afro..kalau tak..

Unknown December 11, 2006 1:30 PM  

so bro, lepas ni jgn la tunggu minggu depan baru nk update wokeh..

Unknown December 11, 2006 1:39 PM  

ada kosong? haha!

tapai December 11, 2006 2:30 PM  

Pembaca yang kami hormati,

Dalam dunia ni tak semua benda kau boleh kawal. Misalnya, kau tak boleh kawal kelajuan bumi mengitari matahari atau waktu terbit atau tenggelamnya matahari.

Kami boleh bersabar kalau kau suka tulisan kami, tapi kami berasa amat tersinggung kalau ada berani memerintahkan kami bagaimana untuk menulis atau bila untuk menulis.

Blog yang sekadar suka-suka ini sepatutnya juga dibaca sekadar untuk suka-suka.

Jangan biarkan blog ini dimatikan atas sikap anda sendiri.

Terima kasih atas perhatian anda semua.

afro December 12, 2006 8:59 AM  

garangnya tapai.
lapar lagi kut?
jom makan tapai :)

kawan-kawan,
adapun kami ini manusia juga. seperti anda, punya banyak agenda untuk dilaksanakan.

kami amat suka bila anda suka tulisan kami. dan kami akan terus menulis, bila-bila masa kami suka.

terima kasih kerana menyukai kami :)

bluecherry @ fai December 12, 2006 11:05 AM  

kerja, tahniah tapai.

Anonymous December 12, 2006 5:42 PM  

tahniah! dah dapat keje. errr...ko update la bila2 ko suke ekk..aku baca jer.[dengan harapan tapai tak marah dan hayun dgn kerusi kat aku]

ps: salam blog.

areyoung December 12, 2006 6:27 PM  

Cuba bagi tau sapa yg tak menipu langsung masa dtg interviu? ;P

irdhi_hayati December 15, 2006 8:39 AM  

hmm... garang nyer..

Lan Rambai December 15, 2006 3:06 PM  

apsal ko marah2 wahai encik tapai?

tapai December 15, 2006 5:00 PM  

Aku bukan jam Tag Hauer, Encik Rambai. I do crack under pressure. Ha ha!

Ok, aku dah mula bekerja dan aku nak mogok menulis. Aku rasa Afro pun begitu juga.

Anonymous December 17, 2006 12:34 AM  

entah korang ni takder etika blog lansung, hormatilah penulis blog2 ni, tulah dah biasa buat camtu kat dunia reliti kat sini pun korang nak buat.

Afro n tapai, teruskanlah menulis bila kalian ada masa..aku rindu giler kat korang..itu yg pasti.

eja"s December 27, 2006 3:14 PM  

hai kailan berdua...besh lah bila baca kalian punya blog nie..ringkas dan menarik,teruskan dgn usaha anda...biarkan kita puas hati..usah difikirkan org lain yg tak puas...;)

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP